Assalamu'alaikum Wr Wb

Pelajarilah ILMU, mempelajarinya karena Allah adalah KHASYAH, Menuntutnya adalah IBADAH, mempelajarinya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah SHADAQAH, menyerahkan kepada ahlinya adalah TAQARRUB. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.

Wa'alaikumsalam Wr Wb


Senin, 05 April 2010

-- WANITA menarik LAKI-LAKI...,, Tidak hanya di DUNIA tapi juga sampai ke NERAKA --

BETAPA BERATNYA AMANAH INI.... Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 1. AYAHnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik kerana anaknya. (p/s; Aduhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat dan berpuasa ..?..Menutup aurat?..Pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.) 2. SUAMInya Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di sembarang tempat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami berdiam diri (walaupun seorang yg alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh/ditinggalkan, dan Puasanya senantiasa dijalankan tanpa jeda), atas kesalahannya tdk bisa membimbing isterinya maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 3. Saudara LAKI-LAKInya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya /saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.) 4. ANAK2 LELAKInya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan dipertanyakan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika bersalah atau lupa/khilaf.... krn ibu juga insan biasa... tidak lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik ke dalam neraka. Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar AYAH / SUAMI/ SAUDARA LAKI2 atau ANAK LELAKI harus memainkan peranan mereka sesuai perintah Alloh SWT. Firman Allah SWT; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..." Dari Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ; -Jauhkanlah larangan-larangan niscaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah; -Relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu niscaya engkau akan menjadi manusia paling kaya; -Berbuat baiklah kepada sesama insan niscaya jadilah engkau orang mukmin sejati; -Kasihilah orang lain sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri niscaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati.. (Hadist) Jazakallah khoiron katsir...

Tidak ada komentar: